Thursday 14 February 2013, ϟ 0 shout(s)

hai semua ? apa khabar ? korank ada dengar ta pasai cter kak shila kita . 
siyez qila yang dengar pun rsa sedih ssgad . *TekupMuka*
besar sungguh dugaan diorank . 
tp qila respect dengan kak Shila sebab dy masih bertahan, masih lagi kuat .
kak Shila tetap pikir positif dan sanggup mulakan hidup baru demi keluarga dia .
lagu kak shila "masih ku cinta" mmg mmpunyai mksud y mendalam.
kak shila luahkan segala yang dia rsa menerusi lagu tu.
***
SEDIKIT TTG LIRIK Y DI AMBIL

"kau akan temui bahagia, walaupun aqu tidak bersama, jangan kau gusar aqu kan slalu ad,
dari jauh engkau masih ku cintai, dari jauh aku masih mencinta,
Yang mengenalmu cuma aqu, tidak ku menyesal mencintai mu...."

*Tadah tangan* Ya Allah, engkau restui la hubungan mereka 
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim 
engkau lembutkan lah hati kedua ibu bapa kak shila untuk merestui hubungan mereka
Ya Allah,
Engkau berikan kekuatan kepada Kak Shila dan Abg Sharnaaz 
untuk menghdpi dugaan ini Ya Allah :')
Amin Ya Rabbal A'lamin

kenyataan kak Shila :
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila. Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.
Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila. Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.
Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan shila dengan baik selama hari ini.Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya. Dia tidak sepenuhnya bersalah. Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua “damage” yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.
Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya. Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk shila maka jauhkan lah.
Jodoh, pertemuan, Ajal dan maut di tangan Allah SWT.Shila berdoa agar semua berdamai.Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku. Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati .Demi Allah Shila sangat sayangkan anda semua.



SEKIAN TERIMA KASIH



0 Comment(s) new past